Wednesday, October 17, 2018

Unit Cuti Belajar

PENGENALAN


Unit Cuti Belajar merupakan sebuah unit yang ditempatkan di bawah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Unit ini menguruskan semua permohonan cuti belajar termasuk skim SLAB/SLAI, cuti sabatikal dan cuti post doktoral. Skim cuti belajar diwujudkan untuk memberi peluang kepada staf akademik mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Selain berperanan melaksanakan semua urusan cuti belajar, unit ini juga bertindak sebagai Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar / Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Sabatikal Universiti serta mengawal selia urusan pemantauan kemajuan, kewangan dan elaun berkaitan.

 

OBJEKTIF


  • Melatih tenaga pengajar daripada staf-staf yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang.
  • Meningkatkan kepakaran tenaga pengajar akademik di UPNM.
  • Memenuhi keperluan tenaga pengajar dalam jangkamasa panjang mengikut disiplin.
  • Menyokong pelaksanaan rancangan latihan tenaga pengajar sedia ada yang diperlukan oleh pihak Universiti dan Kerajaan.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di Universiti dan pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi dan berkualiti.

DASAR


  • Dasar Cuti Belajar UPNM ialah untuk mencapai kedudukan semua pegawai akademik UPNM mempunyai kelayakan Doktor Falsafah atau Sarjana di samping memberi peluang meningkatkan kemahiran kepakaran mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
  • Dasar Cuti Sabatikal UPNM ialah untuk menyelaras urusan cuti sabatikal staf akademik yang berkelayakan demi meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan berhubung bidang kepakaran masing-masing.

PIAGAM PELANGGAN


  • Mengeluarkan surat tawaran rasmi cuti belajar dalam masa 3 hari bekerja selepas mendapat kelulusan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan perlanjutan cuti belajar dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh kelulusan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memproses dan menghantar kenyataan biasiswa calon-calon staf akademik yang diluluskan cuti belajar kepada Jabatan Bendahari untuk bayaran dengan kadar segera setelah mendapat pengesahan tarikh permulaan cuti belajar/tarikh bertolak ke luar Negara.
  • Mengeluarkan surat tawaran rasmi cuti sabatikal dalam masa 3 hari bekerja selepas mendapat kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Cuti Sabatikal Universiti.

 

Dikemaskini Pada : 15 Nov 2017