• Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
  • 1
  • 2
  • 3
Monday, May 21, 2018

Unit Latihan dan Kompetensi

PENGENALAN


Unit Latihan dan Kompetensi merupakan sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UPNM dan komited untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber manusia di UPNM.

Pelaksanaan Latihan adalah di bawah tanggungjawab Unit Latihan dan Kompetensi dan skop latihan yang dijalankan adalah bagi memenuhi keperluan/ kemahiran umum yang diperlukan oleh staf untuk melaksanakan tugas mereka di samping kursus yang membawa kepada kemajuan kerjaya dan meningkatkan kompetensi staf. Unit Latihan dan Kompetensi akan bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi mengenalpasti latihan yang menjurus kepada kompetensi khusus yang berpandukan kepada ‘Roadmap’ Latihan yang telah disediakan.

OBJEKTIF


Mengenal pasti keperluan latihan dan menyediakan peluang  latihan kepada semua staf supaya UPNM mempunyai tenaga manusia yang berpengetahuan, cekap dan terlatih untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan program organisasi dengan tahap profesionalisma yang tinggi.

DASAR LATIHAN


Setiap staf perlu melengkapkan diri/ dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills), dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang dan berteraskan pembangunan kompetensi serta pembelajaran. Adalah wajar pihak Universiti merancang aktiviti latihan yang bersesuaian bagi mencapai objektif-objektif berikut:

  • Memenuhi keperluan menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bagi setiap penjawat awam berdasarkan pekeliling Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
  • Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi.
  • Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi.
  • Meningkatkan kompetensi dan produktiviti.
  • Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif.
  • Mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah (value-added) di dalam sektor awam.
  • Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

 

PIAGAM PELANGGAN


(1)   Urusan Kursus

  • Memastikan surat tawaran calon peserta kursus/latihan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh kursus/latihan.
  • Memastikan sijil kursus dikeluarkan dengan kadar segera setelah tamat kursus.

(2)   Urusan Peperiksaan Perkhidmatan

  • Mengedarkan surat arahan peperiksaan kepada calon-calon dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan.
  • Mengedarkan semua keputusan peperiksaan kepada calon-calon 5 hari bekerja selepas keputusan diluluskan oleh panel.

 

Dikemaskini Pada : 15 Nov 2017