Thursday, May 24, 2018

Pakaian Seragam

Panduan Pakaian Seragam
 
Peraturan Pakaian Seragam ini dikeluarkan bertujuan untuk menetapkan dan menerangkan peraturan dan polisi pemakaian pakaian seragam. Peraturan ini berkuatkuasa kepada semua staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang layak menerima peruntukan pakaian seragam mengikut kelayakan masing-masing. Walaubagaimanapun panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan berdasarkan Pekeliling Kerajaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
 
Pakaian seragam ini tertakluk dalam Pekeliling Bil 1 Tahun 1995 yang memperuntukkan kepada staf yang layak mendapat pakaian seragam. Peruntukan dua pasang kepada setiap staf yang terlibat  diberikan oleh Kerajaan pada setiap tahun.
 
Reka bentuk dan warna pakaian seragam perlu dikekalkan. Namun, jika ada perubahan perlulah mendapat kelulusan daripada Pihak Pengurusan. Ketua Jabatan perlu memastikan staf yang dibekalkan pakaian seragam supaya memakainya semasa bertugas.
 

Kemaskini Pada :17 April 2017