Thursday, February 22, 2018

Stor Alat Tulis UPNM

Pengenalan


Stor Bekalan Alat Tulis Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah sebuah stor bekalan Alat Tulis dan Am di UPNM yang menguruskan stok meliputi Penerimaan, Merekod, Penyimpanan, Pengeluaran, Pemeriksaan, Keselamatan, Kebersihan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira sebagaimana yang telah digariskan dalam 1PP -AM 6.1: Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.

Stor ini dikategorikan sebagai Stor Utama yang mempunyai keupayaan mengurus perolehan sendiri dan membekalkan stok terus kepada pelanggan akhir.

Permohonan stok daripada pelanggan akhir adalah menggunakan Borang Permohonan Stok KEW.PS-11 (UPNM/PEND 57). Pelanggan boleh memuat turun borang menerusi postal http://mycampus.upnm.edu.my/Portal/.

 

Objektif


Pengurusan Stor dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan:

  1. Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan; dan

  2. Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

 

Fungsi


Fungsi stor ini ialah memberi perkhidmatan bekalan kepada pelanggan dengan melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesah dan memperakukan serahan barang-barang oleh pembekal;

  2. Menyimpan stok mengikut kaedah dan dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan ruang stor secara optimum;

  3. Menjaga dan menyenggara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan;

  4. Mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan;

  5. Menyenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan kemas kini;

  6. Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan stok mengikut paras yang ditetapkan;

  7. Mengendali pembungkusan dan penghantaran stok kepada pelanggan;

  8. Menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengenal pasti sebarang kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak;

  9. Menyediakan sistem kawalan keselamatan dan kebakaran serta penyelenggaraan kebersihan stor;

  10. Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/ obselete, rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan mengelakkan  pembaziran ruang penyimpanan; dan

  11. Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang.

 

 

Pengurusan Organisasi Stor


Organisasi Stor dijalankan secara berpusat mengikut bilangan pegawai yang dilantik dan mempunyai empat (4) bahagian utama iaitu:

  1. Bahagian Bekalan, Kawalan dan Akaun;

  2. Bahagian Terimaan;

  3. Bahagian Simpanan; dan

  4. Bahagian Bungkusan dan Penghantaran.

 

Jadual Pengeluaran Stok


Kawalan kepada pengeluaran Stok dibuat bagi memastikan proses berjalan lancar dan sistematik. Ketetapan pengeluaran dihadkan kepada hari tertentu seperti berikut:

 

 

 

__________________________________________________________________________________

 

Dokumen-dokumen berkaitan :

  1. Katalog Bekalan Alat Tulis UPNM
  2. Takwim Stor Alat Tulis 2017
  3. Takwim Stor Alat Tulis 2018
  4. 1PP Am 6.1 Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS)
  5. Senarai Alat tulis dan Bekalan Am
  6. Pend 57 - Borang Permohonan Stok Peralatan Pejabat

Kemaskini Pada :  30 Okt 2017