• Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
  • 1
  • 2
  • 3
Monday, May 21, 2018

Unit Perkhidmatan dan Pembangunan Kerjaya

PENGENALAN


Unit Perkhidmatan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pendaftar memainkan peranan penting dalam pengurusan sumber manusia Universiti khususnya dalam urusan perkhidmatan dan saraan staf yang merangkumi aspek seperti cuti, kenaikan pangkat, persaraan dan lain-lain. Unit ini menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan bagi memenuhi setiap kehendak pelanggan. Unit ini juga memastikan urusan perkhidmatan staf sepanjang tempoh perkhidmatan di universiti ini terjamin.

OBJEKTIF


Menjadi sebuah pusat perkhidmatan dan sumber maklumat staf yang cemerlang selaras dengan fungsi dan peranannya yang mengutamakan kehendak dan keperluan semasa, memastikan kebajikan staf sentiasa diberi perhatian utama dan memberi berbagai perkhidmatan yang berfokuskan kepada pelanggan terutama dari dalam dan luar Universiti.

MISI


Misi Jabatan Pendaftar adalah untuk membangun dan mengurus sumber manusia, perkhidmatan keselamatan dan pengurusan akademik selaras dengan misi Universiti.

VISI


Visi Jabatan Pendaftar adalah untuk menjadi entiti yang cemerlang dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan sumber manusia, keselamatan dan pengurusan akademik selaras dengan wawasan UPNM.

 

Dikemaskini Pada : 24 Nov 2017