• 1
  • 2
  • 3
Tuesday, December 11, 2018

Unit Perjawatan dan Pengambilan

Pengenalan


Unit Perjawatan dan Pengambilan ditubuhkan sejajar dengan visi, misi dan objektif Jabatan Pendaftar iaitu menarik, melantik dan mengekallkan staf yang berkualiti serta tenaga kerja yang berpengetahuan, dinamik dan mempunyai kompetensi ynag tinggi bagi mencapai matlamat universiti.


Visi


Menjadi tunggak universiti sebagai unit yang progresif dalam membekalkan tenaga kerja/staf yang berkualiti dan memenuhi keperluan universiti.


Misi


Menarik dan melantik tenaga kerja yang dapat melestarikan kecemerlangan pentadbiran universiti dengan cekap, berkualiti dan efisien.

Objektif


Menjadi sebuah entiti yang cemerlang dan berkualiti dengan merancang, menganjur, mengkaji dan mengendalikan urusan pengisian dan pengambilan kakitangan berdasarkan kepada keperluan perjawatan mengikut keperluan semasa serta mengemaskini skim perkhidmatan sedia ada.

Piagam pelanggan


Piagam pelanggan Unit Perjawatan dan Pengambilan ini dibentuk bagi menawarkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti untuk memenuhi standard profesionalisme yang telah ditetapkan serta sedaya upaya memenuhi kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

  • Memberi maklum balas surat menyurat dalam tempoh 10 hari bekerja;
  • Memberi maklum balas permohonan PTj dalam tempoh 10 hari bekerja;
  • Memaklumkan / mengeluarkan surat panggilan temuduga kepada calon luar selewat-lewatnya 10 hari bekerja bagi calon yang berada di Malaysia daripada tarikh temuduga;
  • Memaklumkan kepada calon melalui panggilan telefon dalam tempoh 10 hari bekerja; dan
  • Memastikan proses pelanjutan tempoh perkhidmatan staf sambilan/sementara/ kontrak dibuat dua (2) bulan sebelum tarikh tamat perkhidmatan.

Dikemaskini Pada : 24 Nov 2017