• Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
  • 1
  • 2
  • 3
Monday, May 21, 2018

Skop Perkhidmatan

SKOP PERKHIDMATAN

  • Kesihatan Awam – Preventif, Pendidikan Kesihatan, Promosi Kesihatan
  • Pemeriksaan Kesihatan – Pra-pekerjaan, Pra-pendidikan, Pemeriksaan Kesihatan  
  • Diagnostik – Makmal, ECG
  • Fisioterapi dan Rehabilitasi
  • Rawatan dan Observasi
  • Prosedur Mudah dan Pembedahan Minor
  • Klinik Pesakit Luar
  • Kecemasan (24 Jam)
  • Perlindungan Perubatan
  • Klinik di Luar waktu Pejabat (6pm- 10pm)
  • Day care clinic (Untuk kes-kes yang memerlukan pemerhatian tetapi tidak memerlukan rawatan tertiari)
  • Perkhidmatan X-ray dan ultrasound (dalam pembinaan)
  • Rawatan Asas Pergigian

 

PIAGAM PELANGGAN


Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:

  • Keutamaan akan kami berikan kepada kes kecemasan dan kritikal dan akan dirawat dengan kadar serta-merta;
  • Perkhidmatan perawatan akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya;

Jenis Pelanggan
 (Pesakit luaran/ulangan)

Indikator
Ibu mengandung 30 minit
Bayi / Kanak-kanak 15 minit
Warga emas 30 minit
Lain-lain kategori 60 minit (dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai perubatan yang bertugas ketika itu)
  • Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh 30 minit selepas menerima preskripsi
  • Memastikan semua kes rujukan ke hospital yang menggunakan ambulans dihantar serta merta selepas keadaan pelanggan stabil
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
  • Memastikan aktiviti promosi kesihatan bagi setiap kumpulan sasar (pelanggan) yang khusus, 100% mengikut jadual yang ditetapkan dan
  • Memberi respons atau membalas segala aduan pelanggan secara bertulis atau emel kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.