Wednesday, October 17, 2018

FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

 

 

a)    Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja yang selamat.

b)    Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.

c)    Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku           di tempat kerja dan hendaklah melaporkan kepada majikan keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama         dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.

d)    Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.

e)    Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang terdapat dalam jenis kerja di UPNM; tetapi tidak kurang satu(1) kali             dalam setiap tiga(3) bulan.

f)     Menjalankan pemeriksaan tempat kerja.

g)    Menjalankan penyiasatan tempat kerja.

h)    Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Pusat Tanggungjawab.

i)     Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan universiti.

 

Dikemaskini Pada: 31 Okt 2017