Thursday, February 22, 2018

Pengenalan UKKP (OSHA)

 UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN  

 

PENGENALAN

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (JKKP UPNM) telah diadakan pada 31 Oktober 2013. JKKP UPNM ditubuhkan berasaskan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor (EXCO) Bil. 1.2014 yang memutuskan untuk mewujudkan satu Unit bagi mengenal pasti, menasihati dan mengurus keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera dalam memastikan, setakat yang praktik Keselamatan, Kesihatan dan kebajikan Pekerjaan.

 

Unit ini dinamakan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Unit KKP) dan pada awalnya di letakan di bawah Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar yang diselia oleh Pengarah Keselamatan iaitu Mej. Ahmad Azan bin Ridzuan (Bersara) yang juga dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kini, UKKP diletakan terus di bawah Jabatan Pendaftar. Pada peringkat awal penubuhannya, seorang pembantu tadbir (N17) iaitu Pn. Noor Syafinaz bt Mohd Nazri telah tempatkan di Unit KKP untuk menggalas tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja perkeranian di unit tersebut. Pada tahun 2015, Mej. Hj. Rosli bin Hj. Hashim(Bersara) Pegawai Tadbir (N41) telah ditempatkan di Unit KKP yang  ditugaskan sebagai Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 

 

 

 

Dikemaskini pada : 27 Okt 2017