Thursday, February 22, 2018

VISI, MISI, MOTTO & OBJEKTIF UKKP (OSHA)

 VISI, MISI, MOTTO DAN OBJEKTIF UKKP (OSHA) 

 

VISI

Merealisasikan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) dan Piawaian Antarabangsa Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

 

MISI

Membudayakan cara kerja selamat dan sihat melalui pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) dan Piawaian Antarabangsa Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007) dan Standard Malaysia (MS1722:2011) di kalangan warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

 

MOTTO

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah tanggungjawab bersama.

 

 

 

 

OBJEKTIF

1.    Menyatakan tumpuan dan komitmen Pengurusan Tertinggi UPNM dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UPNM berada di tahap yang memuaskan.

2.    Menggariskan dasar dan objektif UPNM dalam membangun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti serta menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.

3.    Menjalankan tugas-tugas seketariat untuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) selain dari aktiviti pemantauan dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berkala di tempat kerja.

4.    Menjalankan penyiasatan kemalangan dan kajian kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan;

 

 

Dikemaskini pada : 27 Okt 2017