Wednesday, October 17, 2018

Articles

PROGRAM ORENTASI BIL.1/2016

PROGRAM ASAS PERKHIDMATAN
 
PROGRAM ORENTASI BIL.1/2016
 
Program Orentasi ini merupakan program yang disertai oleh semua staf baharu yang melapor diri ke UPNM. Aktiviti yang dijalani antaranya melibatkan aktiviti kerjasama berpasukan, kemahiran kendiri dan penerangan berkaitan organisasi serta taklimat asas perkhidmatan.
 
Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Asas Perkhidmatan: Program Orientasi Bil.1/2016 dan mensasarkan penyertaan kepada Semua Staf Baharu dari pelbagai skim perkhidmatan di UPNM.
 
Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 21-22 Mac 2016 bertempat di Bilik Pangkor, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 25 orang. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama dan kepakaran tenaga dalaman UPNM dan juga bantuan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK). Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan berhubung organisasi dan asas perkhidmatan.
 
 
 
Dikemaskini Pada: 28 Nov 2017