Monday, May 21, 2018

Articles

Bengkel Intensif Pemulihan Al-Quran 2016

 

BENGKEL INTENSIF PEMULIHAN AL-QURAN

 

Bengkel Intensif Pemulihan Al-Quranadalah salah satu bengkel yang mendedahkan tentang pemahaman Al-Quran dan isi kandungannya yang memberi banyak makna kepada umat islam. Bengkel ini juga telah mengupas sedikit sebanyak tentang ilmu-ilmu penting yang terkandung dalam Al-Quran. Selain itu, bengkel ini memberi pendedahan tentang cara-cara bacaan yang betul supaya tidak mengubah maksud sebenar bagi setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Bengkel Intensif Pemulihan Al-Quran bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 29-30 Mac 2016 yang bertempat di Bilik Langkawi, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan seramai 21 orang peserta. Bengkel ini dikendalikan oleh Lt. Kol. Zahimi bin Zainal Abidin yang merupakan pensyarah kanan dari Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan (FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman serta membaiki sedikit sebanyak bacaan serta terhadap Al-Quran.

 

Dikemaskini Pada : 28 Nov 2017