Wednesday, October 17, 2018

Articles

Kursus Pengurusan Perolehan 2016

KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN

_________________________________________________________________________________

 

Kursus Pengurusan Perolehanmerupakan suatu urusan permintaan bagi bekalan, permintaan atau kerja dalam pasaran mengikut kehendak agensi pada suatu kemungkinan harga. Kajian pasaran hendaklah dibuat sebelum perolehan dijalankan bagi emmastikan barang yang dibeli mendapat best value for money dengan kualiti terbaik, harga munasabah dan berpatutan. Selain itu, pengurusan perolehan dapat menjaminkan kualiti serta kuantiti berterusan tanpa terputus bekalan.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 5-6 April 2016 bertempat di Bilik Pangkor, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan seramai 20 orang peserta. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Rozah Binti Yasok, Penolong Bendahari di Jabatan Bendahari UPNM. Kursus Ini dijalankan bertujuan untuk memberikan para peserta pendedahan berkaitan tatacara perolehan mengikut kriteria dan peraturan yang ditetapkan. Selain itu juga, kursus ini dapat mengajar para peserta tentang kepentingan pengurusan perolehan terhadap suatu organisasi.

 

 

Dikemaskini Pada : 28 Nov 2017