Monday, May 21, 2018

Articles

Program Transformasi Minda (PTM) Bil.1/2016

 

PROGRAM ASAS PERKHIDMATAN

_________________________________________________________________________

 

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA BIL.1/2016

Modal insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi mengerakkan agenda transformasi Kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda agenda pembangunan negara. Justeru, modal insan sector awam perlu dibangunkan di peringkat awal pelantikan (dalam tempoh percubaan) secara optimum agar dapat melahirkan pegawai awam yang memiliki kompetensi dan potensi bersesuaian untuk melaksanakan tugas.

Cabaran utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampu mentransformasikan minda pegawai awam agar selari dengan hala tuju dasar negara dan perubahan persekitaran. Perubahan minda yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan berupayaan menyediakan pegawai awam yang membudayakan nilai-nilai murni perkhidmatan awam.

Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan pelakuan dalam rutin harian. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prisnsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Asas Perkhidmatan: Program Transformasi Minda Bil.1/2016 dan mensasarkan penyertaan kepada Semua Staf Lantikan Baharu berstatus Tetap (Percubaan) dari pelbagai skim perkhidmatan di UPNM.

Kursus selama lima (5) hari ini telah dilaksanakan pada 11-15 April 2016  bertempat di Bilik Langkawi, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 15 orang. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan berhubung perkara berikut:

a)    mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan;

b)    memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai suapya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam                           Perkhidmatan Awam;

c)    menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

d)    menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat kearah negara maju.

 

 

 

Dikemaskini Pada : 28 Nov 2017