Friday, August 17, 2018

Articles

Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi (MyPocket) 2016

 

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

(MyPocket)

___________________________________________________________________________

Perancangan kewangan adalah mengenai mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti berkahwin, membeli aset seperti kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita. Melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Selain itu juga, ia boleh dijadikan panduan sebagai satu langkah persediaan mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi (MyPocket) dan mensasarkan penyertaan secara terbuka kepada semua staf bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan kepada staf.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 19 – 20 Mei 2016  bertempat di Bilik Langkawi, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 20 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripada Encik Syed Mohd Nazeri Bin Syed Kuning, Pengarah Urusan Petaminda Holding Sdn Bhd. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan kewangan peribadi yang berkhemah serta meningkat pengetahuan mengenai aspek – aspek perancangan kewangan peribadi.

 

Dikemaskini Pada 29 Nov 2017