Thursday, February 22, 2018

Articles

Kursus Automasi Pejabat (Adobe Photoshop) 2016

 

KURSUS AUTOMASI PEJABAT: ADOBE PHOTOSHOP

_______________________________________________________________________

 

Kursus Automasi Pejabat: Adobe Photoshop merupakan penyunting grafik yang dikembangkan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. Para peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik web dan multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kursus ini dilaksanakan melalui kaedah demonstrasi, perbincangan dan latihan amali. Kursus ini diharapkan dapat mengembangkan lagi kreativiti merekabentuk dan seterusnya mengimplementasikan dalam membangunkan grafik web dan persembahan multimedia oleh para peserta.

 

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Automasi Pejabat: Adobe Photoshop bagi memberikan pendedahan kepada para peserta.

 

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 1-2 Jun 2016 bertempat di Makmal Komputer 1, Bangunan PTMK, UPNM dengan penyertaan seramai 18 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kendalian dan kepakaran Puan Noor Suhaiza Binti Chulan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), UPNM. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan bagaimana cara untuk menggunakan peralatan-peralatan Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik dan menghasilkan kerja akhir grafik ke format-format digital yang sesuai.

Dikemaskini Pada : 29 Nov 2017