Sunday, August 19, 2018

Articles

Kursus Automasi Pejabat (MS Excel) 2016

 

KURSUS AUTOMASI PEJABAT: MS EXCEL (ASAS DAN PERTENGAHAN)

________________________________________________________________________________

                                         

Microsoft Excel atau Microsoft Office Excel adalah sebuah program aplikasi lembar kerja spreadsheet yang dibuat dan dipasarkan oleh Microsoft Corporation untuk sistem operasi Microsoft Windows dan Mac OS. Aplikasi ini memiliki fitur kalkulasi dan pembuatan grafik yang menggunakan strategi marketing Microsoft yang agresif, menjadikan Microsoft Excel sebagai salah satu program komputer yang terkenal digunakan di dalam komputer mikro hingga saat ini. Bahkan, saat ini program ini merupakan program spreadsheet paling banyak digunakan oleh banyak pihak, baik di platform PC berasaskan Windows mahupun platform Mac OS, semenjak versi 5.0 diterbitkan pada tahun 1993. Aplikasi ini merupakan bagian dari Microsoft Office System, dan versi terakhir adalah versi Microsoft Office Excel 2016 yang diintegrasikan di dalam paket Microsoft Office System 2016..

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Automasi Pejabat: MS Excel (Asas Dan Pertengahan) dan mensasarkan penyertaan secara terbuka kepada semua staf bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan berhubung cara penggunaan Microsoft Excel yang lebih efisen.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 20 hingga 21  Jun 2016  bertempat di Makmal Komputer 2, Bangunan PTMK dengan penyertaan peserta seramai 8 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripadaPuan Rohaidah binti Abu Nor, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, PTMK. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk menigkatkan kefahaman mengenai asas aplikasi Microsoft Excel serta mengaplikasikan pengetahuan dalam Microsoft Excel untuk penyediaan dokumen di jabatan masing-masing.

Dikemaskini Pada : 29 Nov 2017