Wednesday, October 17, 2018

Articles

Kursus Kecemerlangan Pembantu Tadbir 2016

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KENDIRI

KURSUS KECEMERLANGAN PEMBANTU TADBIR

________________________________________________________________________

                                         

Pembantu Tadbir yang efektif amat diperlukan dalam sesebuah organisasi bagi memastikan urusan pentadbiran pejabat berjalan dengan lancar. Pembantu tadbir yang cemerlang bukan sahaja akan berusaha untuk menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna malah sentiasa mempamerkan gaya yang professional dan berkeyakinan tinggi. Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam menjalankan tugasnya akan membantu melicinkan urusan pejabat dan pastinya akan membantu pegawai atasan dalam urusan pentadbiran yang lebih berkesan dan bersistematik.

 

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Kendiri: Kursus Kecemerlangan Pembantu Tadbir dan mensasarkan penyertaan kepada Pembantu Tadbir (P/O) N17 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) (W19) dari pelbagai skim perkhidmatan di Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian.

 

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 2-3 Ogos 2016  bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 21 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kerjasama dan bimbingan daripada Dr. Khairunneezam bin Mohd Noor, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk memahami apakah ciri-ciri pembantu tadbir yang efektif dan cemerlang serta memberi  pendedahan tentang kompetensi dan kemahiran yang perlu sebagai pembantu tadbir yang baik.

Dikemaskini Pada : 29 Nov 2017