Monday, May 21, 2018

Articles

Kursus Pengurusan Bencana 2016

KURSUS PENGURUSAN BENCANA

_____________________________________________________________________________

Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat komplek dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta dana lam sekitar dan menjejaskan aktiviti masyarakat setempat bolehla dikategorikan sebagai bencana. Justeru itu, pengendalian yang baik melibatkan sumber, peralatan, kekerapan, dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak pihak memerlukan tindakkan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang. Semua pihak dalam sesebuah organisasi perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan kehilangan nyawa ataupun harta benda.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bencana dan mensasarkan penyertaan secara terbuka kepada semua staf bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan berhubung pengurusan bencana dengan betul.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 24 hingga 25 Ogos 2016 bertempat di Bilik Langkawi, Pusat Marin UPNM dengan penyertaan peserta seramai 18 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripadaJabatan Pertahanan Awam Malaysia. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca-punca ataupun penyebab bencana serta teknik pengurusan konflik yang cemerlang.

 

Dikemaskini Pada: 30 Nov 2017