Wednesday, October 17, 2018

Articles

Kursus kecemerlangan Setiausaha Pejabat 2016

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KENDIRI

________________________________________________________________________________

KURSUS KECEMERLANGAN SETIAUSAHA PEJABAT

Seorang setiausaha yang cemerlang adalah setiausaha yang memiliki kemahiran menjalankan tugas-tugas pejabat, bijak dalam penampilan dalam semua keadaan, tempat dan suasana, mahir dalam interpersonal skill termasuklah berbicara, mendengar, berunding dan mentafsir bahasa badan serta kemahiran-kemahiran dalam bekerja secara berpasukan dengan ketuanya dan semua kakitangan dalam organisasi. Dengan perkembangan teknologi dan persekitaran kerja hari ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerja-kerja kesetiausahaan.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Kendiri: Kursus Kecemarlangan Kesetiausahaan Pejabat dan mensasarkan penyertaan kepada Setiausaha Pejabat N27 dan Pembantu Tadbir (P/O) N17 bagi menjalankan tugas kesetiausahaan di Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 21-22 September 2016  bertempat di Bilik Redang, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 17 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kerjasama dan bimbingan daripadaEncik Mohd Erfanishah bin Abdullah, Farizma Intelek Sdn Bhd. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang setiausaha yang professional serta membentuk etika setiausaha yang professional kearah kecemerlangan diri dan organisasi.

Dikemaskini Pada : 30 Nov 2017