Friday, August 17, 2018

Articles

Kursus Pembangunan Pembantu Am Pejabat 2016

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KENDIRI

____________________________________________________________________________

KURSUS PEMBANGUNAN PEMBANTU AM PEJABAT

Sebagai seorang Pembantu Am Pejabat, seseorang itu perlulah berpengetahuan dalam prinsip-prinsip pentadbiran dan pejabat, perkhidmatan, tatacara diri dan etika sosial. Pembantu Am Pejabat juga perlu berupaya memahami bidang tugas jawatannya selaras dengan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dengan perkembangan teknologi dan persekitaran kerja hari ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerja-kerja seorang Pembantu Am Pejabat.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Kendiri: Kursus Pembangunan Pembantu Am Pejabat dan mensasarkan penyertaan kepada Pembantu Am Pejabat N1 daripada setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 21-22 September 2016  bertempat di Bilik Langkawi, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 14 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kerjasama dan bimbingan daripada Encik Azrul Faizal bin Mohamad Dahalal, Farizma Intelek Sdn Bhd. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk memahami apakah ciri-ciri Pembantu Am Pejabat yang efektif dan cemerlang disamping mempelajari kaedah komunikasi, gaya diri dan etika yang perlu diamalkan untuk kecemerlangan diri dan organisasi.

Dikemaskini Pada : 30 Nov 2017