Wednesday, October 17, 2018

Articles

Kursus Automasi Pejabat : MS Excel (Advance Charting Techniques) 2016

KURSUS AUTOMASI PEJABAT

________________________________________________________________________________

Ms EXCEL (ADVANCED CHARTING TECHNIQUES)

Kursus Automasi Pejabat: MS Excel (Advanced Charting Techniques)adalah salah satu sistem Microsoft Office yang digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan dan penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik mahupun diagram. Selain itu, penggunaan aplikasi formula dan data yang terdapat di dalam MS Excel boleh diaplikasikan semasa membuat pentadbiran harian.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Automasi Pejabat: MS Excel (Advanced Charting Techniques) bagi memberikan pendedahan kepada peserta.

 

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 26-27 September 2016 bertempat di Makmal Komputer 1, Bangunan PTMK, UPNM dengan penyertaan seramai 20 orang peserta. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Renuka Devi A/P Krishna Younee dari Mentari Knowledge Base Sdn Bhd. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai asas aplikasi Microsoft Excel serta mengaplikasikan pengetahuan dalam Microsoft Excel untuk menyediakan dokumen di jabatan masing-masing.

 

Dikemaskini Pada : 04 Dis 2017