Tuesday, February 20, 2018

Articles

Kursus Pendidikan Islam dan Fardhu Ain 2016

KURSUS PENDIDIKAN ISLAM DAN FARDHU AIN

___________________________________________________________________________ 

                      

Fardhu ain adalah asas pembinaan kemuliaan peribadi seseorang.Matlamatnya membina individu yang soleh dan bilangan inilah yang mencorak kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib ia melakukannya. Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang melakukannya. Fardhu ain juga boleh definisikan sebagai melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Fardhu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap hambanya seperti keimanan ,sembahyang, puasa, menuntut ilmu, berjihad dan seumpamanya.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Pendidikan Islam Dan Fardu Ain dan mensasarkan penyertaan secara terbuka kepada semua staf bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan berhubung pelaksanaan fardu ain dengan betul.

Kursus selama empat (4) hari ini telah dilaksanakan pada 15 hingga 18  November 2016  bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin UPNM dengan penyertaan peserta seramai 7 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripadaPusat Islam UPNM. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk memantapkan lagi ilmu fardu ain di kalangan staf upnm dan membetulkan amalan-amalan yang wajib di dalam kehidupan.

Dikemaskini Pada : 04 Dis 2017