Sunday, August 19, 2018

Articles

Kursus Pengurusan Jenazah 2017

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

_________________________________________________________________________________

 

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam . Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita apabila berlaku sesuatu kematian ianya diurus atau diserahkan kepada imam, nazir atau badan khairat kematian yang berkemahiran dan berkemampuan. Amalan ini perlu diperbetulkan semula mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah dan mensasarkan penyertaan secara terbuka kepada semua staf bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan kepada berhubung pelaksanaan dan pengurusan jenazah.

Kursus selama satu (1) hari ini telah dilaksanakan pada 26 Mei 2017  bertempat di Masjid Muhammed Al-Fatih UPNM dengan penyertaan peserta seramai 39 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripadaCawangan Agama, Akademi Latihan Ketenteraan dan dan Pusat Islam. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk tatacara dan keadah pelaksanaan pengurusan jenazah mengikut syariat dan panduan islam.

 

Dikemaskini Pada : 04 Dis 2017