Thursday, February 22, 2018

Articles

Kursus Nilai dan Etika (Pengurusan Intergriti) 2017

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KENDIRI

_____________________________________________________________________________

 

KURSUS NILAI DAN ETIKA : PENGURUSAN INTEGRITI

Integriti merupakan satu nilai yang sangat penting bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni untuk pembangunan organisasi. Oleh itu, membudayakan integriti dalam setiap aspek kerja seharian serta kehidupan merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap orang terutamanya sebagai penjawat awam yang diberi mandate dan tanggungjawab menggalas amanah.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Kendiri: Kursus Nilai dan Etika Pengurusan Integriti dan mensasarkan penyertaan kepada semua staf lantikan baharu bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan.

Kursus selama satu (1) hari ini telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2017  bertempat di Bilik Tioman, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 33 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripada Pegawai bertauliah yang telah dilantik oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu Encik Muhammad Husney bin Hamzah, Pegawai Eksekutif Kanan, Jabatan Audit Negara.Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman nilai murni dalam perkhidmatan awam serta memantapkan integriti sebagai penjawat awam.

Dikemaskini Pada : 04 Dis 2017