Thursday, May 24, 2018

Articles

Kursus Pembangunan Kesetiausahaan Pejabat 2017

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KENDIRI

____________________________________________________________________________

KURSUS PEMBANGUNAN KESETIAUSAHAAN PEJABAT

Setiausaha Pejabat merupakan suatu profesion dan kerjaya yang professional. Sebagai pekerja yang professional, setiausaha sudah pastinya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan, inovatif, keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta tanggungjawab yang diberikan. Dengan perkembangan teknologi dan persekitaran kerja hari ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerja-kerja kesetiausahaan.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Kendiri: Kursus Pembangunan Kesetiausahaan Pejabat dan mensasarkan penyertaan kepada Setiausaha Pejabat N27 dan Pembantu Tadbir (P/O) N17 bagi menjalankan tugas kesetiausahaan di Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 21-22 Ogos 2017  bertempat di Bilik Pangkor, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 15 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kerjasama dan bimbingan daripada Dr. Khairunneezam bin Mohd Nor, Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk merangka Pelan Tindakan Peribadi untuk peningkatkan prestasi diri dan organisasi serta meningkatkan penampilan dan personaliti kearah membina imej diri yang lebih professional.

 

Dikemaskini Pada : 05 Dis 2017