Thursday, February 22, 2018

Articles

Kursus Keterampilan Budaya Korporat : Sikap dan Imej 2017

KURSUS KETERAMPILAN BUDAYA KORPORAT: SIKAP DAN IMEJ

___________________________________________________________________________

 

Kursus Keterampilan Budaya Korporat: Sikap Dan Imej dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan keterampilan serta peribadi yang unggul dapat memberi hasil kerja yang cemerlang. Objektif kursus ini adalah untuk peserta mengaplikasikan keperibadian sikap dan imej dalam budaya korporat.

Sehubungan dengan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Keterampilan Budaya Korporat: Sikap dan Imej bagi memberikan pendedahan kepada semua staf.

Kursus selama satu (1) hari telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2017 bertempat di Bilik Latihan Utama, Bangunan PTMK, UPNM dengan penyertaan seramai 26 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Encik Mohd Hafizi bin Ismail, Ketua Penolong Pendaftar, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, UPNM. Kursus ini juga berperanan untuk memupuk nilai keperibadian, jati diri, dan nilai murni supaya peserta lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam.

 

Dikemaskini Pada : 05 Dis 2017