Monday, May 21, 2018

Articles

Neuro Linguistic Programme Series 1 bIl.2/2017

NEURO LINGUISTIC PROGRAMME

_______________________________________________________________________________

 

Program Neuro Linguistic Programme (NLP)adalah salah satu program yang menerangkan kepada peserta bagaimana untuk memajukan diri sendiri dengan menggunakan satu set model dan prinsip untuk meneliti bagaimana fikiran iaitu neurologi (neuro), pola-pola bahasa (linguistic), dan penyusunan persepsi serta kognisi manusia menjadi pola-pola sistematik (pengaturcaraan) untuk membina subjektif dan tingkah laku manusia.

Sehubungan dengan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Neuro Linguistic Programme (NLP) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional UPNM bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan.

Kursus selama tiga (3) hari ini telah dilaksanakan pada 18-20 September 2017 yang bertempat di Bilik Pangkor, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan seramai 15 orang peserta. Kursus ini bertujuan untuk menjadikan keadaan diri lebih baik dan bertenaga serta berkemampuan mengawal emosi dan memilih emosi yang terbaik. Selain itu, peserta juga dapat mengawal pemikiran dengan lebih baik dan produktif serta berprestasi tinggi di dalam kerjaya dan kehidupan. 

 

 

 

Dikemaskini Pada : 05 Dis 2017