Thursday, February 22, 2018

Articles

Kursus Pengurusan Aset : Kehilangan dan Pelupusan 2017

KURSUS PENGURUSAN ASET

_________________________________________________________________________

 

BAB KEHILANGAN DAN PELUPUSAN

Pengurusan aset alih kerajaan merupakan salah satu prosedur pengurusan kewangan bagi mengelakan kerugian akibat pembaziran modal kerajaan. Selain itu, peraturan dan kaedah pejagaan aset alih melalui Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerjaan berdasarkan arahan perbendaharaan juga perlu dirujuk sebaiknya supaya perolehan fizikal kerajaan berada di dalam keadaan yang baik dan tahap yang efisen.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset : Bab Kehilangan dan Pelupusan dan mensasarkan penyertaan kepada semua staf dan pegawai aset di PTj masing-masing bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan berhubung pengurusan aset kerajaan yang betul.

Kursus selama satu (1) hari ini telah dilaksanakan pada 19 September 2017 bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin UPNM dengan penyertaan peserta seramai 46 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripadaCik Zaini binti Abdul Halim, Penolong Bendahari, Jabatan bendahari, UPNM. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman tentang peranan dan tanggungjawap pegawai dan kakitangan penjawat awam mengenai arahan terkini Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

 

Dikemaskini Pada : 05 Dis 2017