Thursday, February 22, 2018

Articles

Kursus Stress Management 2017

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KERJAYA/DIRI

________________________________________________________________________

 

KURSUS STRESS MANAGEMENT

Stres akan mempengaruhi gaya hidup seseorang dan ia termasuklah hubungan inerpersonal dan hubungan dwihala yang melibatkan samada ahli keluarga ataupun rakan sekerja. Apatah lagi, ia akhirnya akan mengurangkan produktiviti setiap staf. Kursus ini direka khas bagi menangani masalah suasana kerja yang menekan serta cara hidup seseorang pekerja. Kursus ini merangkumi definisi stres, faktor-faktor penyumbang, kesan fisiologi, dan strategi menanganinya. Mekanisma pengelak stres adalah sebenarnya keberkesanan pengurusan stres yang baik, dan setiap peserta akan belajar memperkasa diri untuk mengelakkan stres.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Kerjaya/Diri: Kursus Stress Management dan mensasarkan penyertaan secara terbuka kepada semua staf bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dilaksanakan pada 26-27 September 2017  bertempat di Bilik Latihan Utama, Aras 2, Bangunan PTMK dengan penyertaan peserta seramai 33 orang. Kursus ini telah dijalankan dengan kerjasama dan bimbingan daripada Dr. Othman bin Ab. Rahman, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk menambah pengetahuan dari segi mengurus tekanan diri (stress) dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi dan kawalan minda bawah paras sedar serta meningkatkan kemahiran peserta untuk mengesan, mengawal dan mengatasi tekanan dalaman diri bagi meningkatkan fokus kawalan diri dan kemampuan mengawal minda bawah sedar dan memberi kesan positif kepada prestasi kerja.

Dikemaskini Pada : 07 Dis 2017