Wednesday, October 17, 2018

Articles

Kursus Nilai dan Etika (Pengurusan Intergriti Siri 2) 2017

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KENDIRI

______________________________________________________________________

KURUSU NILAI DAN ETIKA : PENGURUSAN INTERGRITI SIRI 2

 

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi serts boleh dipercayai.

Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Nilai Dan Etika: Pengurusan Intergriti Siri 2  dan mensasarkan penyertaan kepada staf baru lantikan tetap bagi memberikan pendedahan dan tambahan pengetahuan kepada staf baru.

Kursus selama satu (1) hari ini telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2017  bertempat di Bilik Tioman, Pusat Marin, UPNM dengan penyertaan peserta seramai 26 orang. Kursus ini telah dijalankan secara usaha sama dengan kerjasama dan bimbingan daripadaEncik Mohamad Husni Bin Haji Hamzah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Antara tujuan dan objektif (learning outcome) kursus ini dijalankan adalah untuk Meningkatkan kefahaman nilai murni dalam perkhidmatan awam serta memantapkan intergriti penjawat awam di UPNM.

 

Dikemaskini pada : 18 Dis 2017