Wednesday, October 17, 2018

Articles

PROGRAM RETREAT PENTADBIRAN

 PROGRAM RETREAT PENTADBIRAN ANJURAN JABATAN PENDAFTAR

                                TARIKH :15 – 17 Ogos 2016 (ISNIN - RABU)

               TEMPAT: KEM KONGKOI UPNM, JELEBU NEGERI SEMBILAN

 

LAPORAN

 

Pada 15 hingga 17 Ogos 2016 (Isnin hingga Rabu) telah diadakan Program Retreat Pentadbiran UPNM yang melibatkan semua wakil Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian adalah bertujuan bagi meneliti isu dan permasalahan berhubung pengurusan dan pentadbiran harian antara jabatan di samping mencari langkah dan kaedah penyelesaian yang tepat dalam menangani isu pembangunan organisasi.

 

Program ini dimulakan oleh ucapan perasmian oleh Naib Canselor pada hari pertama dan disusuli dengan Bendahari pada sebelah petang membentangkan isu dan peranan Jabatan Bendahari di UPNM. Pada hari kedua sesi taklimat oleh Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Lt Kol Juraimy dan Mejar Rosli. Sebelah petang pula, sesi taklimat oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan sesi perbincangan dalam kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini dipecahkan kepada 5 dengan diketuai oleh seorang Fasilitator yang dilantik. Hari terakhir diteruskan dengan taklimat oleh Bahagian Governan dan Perundangan dan ditutup dengan penyampaian isu Pembangunan Sumber Manusia oleh Puan Sarina bt Abdul Rani.

 

 

Secara kesimpulannya, semua isu dan permasalahan serta cara menyelesaikannya telah dapat dibincang dan dibentangkan secara terperinci. Satu resolusi telah dicapai dan akan dibawa ke pihak pengurusan untuk pertimbangan.