Wednesday, October 17, 2018

Articles

KEJOHANAN SUKAN ANTARA JABATAN UPNM 2017 PIALA BENDAHARI & PUSTAKAWAN

KEJOHANAN SUKAN ANTARA JABATAN UPNM 2017

PIALA BENDAHARI & PUSTAKAWAN

Jumaat 5 Mei 2017 - Satu acara Kejohanan Sukan Antara Jabatan peringkat UPNM telah diadakan dan acara ini melibatkan kejohanan dua jenis sukan yang berbeza piala iaitu, Kejohanan Bola Jaring Piala Bendahari UPNM dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pustakawan UPNM.

Sebanyak 8 pasukan telah bertanding dalam acara Kejohanan Bola Jaring Piala Bendahari. Pasukan Pendaftar telah muncul juara setelah menyingkirkan pencabar-pencabar lain dan menewaskan Pasukan Pusat Asasi Pertahan (PAP) di pusingan akhir kejohanan ini dengan jaringan 7 berbalas 6.

Dalam acara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pustakawan pula,Jabatan Pendaftar telah menghantar 2 pasukan bagi kejohanan ini. Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Tengku Mohd Bin Tengku Sembok Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) dengan acara Sepakan Penalti sebagai simbolik sepak mula bagi kejohanan ini. Kejohanan ini telah disertai oleh 16 pasukan yang terdiri dari staf UPNM.  Pasukan Pendaftar A telah muncul naib johan setelah diberi tentangan hebat oleh pasukan ALK B dari Akademi Latihan Ketenteraan pada perlawanan akhir kejohanan ini. Perlawanan berakhir dengan keputusan Pendaftar B tewas 2 - 1. Manakala pasukan Pendaftar B pula terpaksa berputih mata setelah berhempas pulas dan tewas pada peringkat kumpulan.

Acara Kejohanan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin (Naib Canselor UPNM), Timb. Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Pendaftar,Komandan Akademi Latihan Ketenteraan serta pegawai-pegawai kanan UPNM yang lain. Acara Penyampaian Hadiah pula telah disempunakan oleh YBhg Tan Sri Naib Canselor, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Acara Kejohanan ini juga telah disambut penuh minat oleh seluruh kakitangan dan pelajar di UPNM. Sekalung tahniah buat semua pemenang yang menyertai kejohanan ini.

Sekian saja laporan saya.

Disediakan oleh,

Webmaster, Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

 

 

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA JARING JABATAN PENDAFTAR KERANA TELAH MENJUARAI
KEJOHANAN PADA TAHUN INI.