Sunday, August 19, 2018

Articles

Lawatan Kerja ASWARA Ke UPNM

 

Jumaat 11 Julai 2017 – Jabatan Pendaftar telah menerima lawatan daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang terdiri dari oleh 6 orang pegawai diketuai oleh Pendaftar ASWARA, En. Md Zusmaidi Abdul Aziz. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman serta pengetahuan berkenaan tabir urus dalam pembentukan awal penubuhan UPNM menjadi Universiti Awam.

Lawatan yang bermula Jam 10.00 pagi ini disambut oleh Pn. Hjh. Sarina Binti Abdul Rani (Pemangku Pendaftar UPNM), Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh (Pensyarah Universiti), Pn. Mazlina Muhd Zaid (Ketua Pen. Bendahari) dan beberapa pegawai dari Jabatan Pendaftar.

Dalam lawatan kerja ini, sesi taklimat secara dua (2) hala turut diadakan di Bilik Mesyuarat Senat oleh Pn. Hjh. Sarina Binti Abdul Rani. Pihak ASWARA turut didedahkan dengan maklumat ringkas latar belakang UPNM serta berberapa maklumat perundangan, penjawatan dan kewangan sejajar dengan matlamat lawatan kerja. Pihak ASWARA juga telah memberikan maklum balas yang baik dan menyatakan kesediaan menjadikan UPNM sebagai model dalam pembentukan ASWARA kepada sebuah Universiti Awam.

Lawatan diakhiri dengan ucapan terima kasih dari pihak ASWARA serta penyampaian cenderahati oleh kedua-dua pihak turut dibuat sebelum sesi fotografi.

  

Disediakan oleh,

Webmaster, Jabatan Pendaftar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.