Thursday, February 22, 2018

Articles

HARI TANPA KENDERAAN BERMOTOR

 

  PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN BERMOTOR

TARIKH            :           1 APRIL 2016 (JUMAAT)

MASA              :           9.00 PAGI – 12.00 TGHR

TEMPAT          :           SEKITAR KAMPUS UPNM

 
   

 

Pada 29 Januari 2016 dalam Ucaptama Naib Canselor telah dilancarkan Hari Tanpa Kenderaan yang bertemakan “Green Campus Life”. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam menjaga alam sekitar supaya tidak menggunakan kenderaan bermotor di dalam kawasan kampus.

Bagi menyahut saranan pihak pengurusan Universiti, pada 1 April 2016 yang lalu telah dilaksanakan program Hari Tanpa Kenderaan Bermotor. Program bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bagi staf, pelajar dan pelawat yang memasuki kawasan kampus pada waktu berkenaan hendaklah meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan dan menggunakan basikal atau berjalan kaki ke lokasi yang hendak dituju.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar dengan asap dari kenderaan serta mengurangkan haba panas yang dikeluarkan dari kenderaan bermotor. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan dan kerjasama dari pelbagai pihak dan dicadangkan supaya dapat diteruskan pada masa akan datang ataupun dijadikan program berkala untuk sesuatu tempoh tertentu. Dilampirkan beberapa gambar pada hari berkenaan.

 

Rumusan

Daripada pemerhatian, semua warga kampus menghargai 3 jam yang dikhususkan untuk HTKM. Pukul 9.00-10.30 pagi suasana kelihatan lengang. Namun begitu, mulai jam 10.30 pagi kelihatan kenderaan kontraktor yang bertugas maintenance/pasang kabel bergerak di sana-sini. Kontraktor pembekal makanan termasuk staf ALK mulai bergerak dengan kenderaan dan van. Pengawal keselamatan telah memaklumkan perkara ini kepada kumpulan berkenaan tetapi tidak diendahkan malahan konflik timbul kerana dianggap menyusahkan mereka.