Pendaftar

 Pengenalan Kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPNM

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (JKKP UPNM) telah diadakan pada 31 Oktober 2013. JKKP UPNM ditubuhkan berasaskan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor (EXCO) Bil. 1.2014 yang memutuskan untuk mewujudkan satu Unit bagi mengenal pasti, menasihati dan mengurus keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 dalam memastikan, setakat yang praktik Keselamatan, Kesihatan dan kebajikan Pekerjaan.

 

Unit ini dinamakan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan pada awalnya di letakan di bawah Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar yang diselia oleh Pengarah Keselamatan iaitu Mej. Ahmad Azan bin Ridzuan (Bersara) yang juga dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kini, UKKP diletakan terus di bawah Jabatan Pendaftar. Pada peringkat awal penubuhannya, seorang pembantu tadbir (N17) iaitu Pn. Noor Syafinaz bt Mohd Nazri telah tempatkan di Unit KKP untuk menggalas tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja perkeranian di unit tersebut. Pada tahun 2018, Encik Jaharudin bin Juhan, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C41) telah ditempatkan di Unit KKP yang ditugaskan sebagai Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

 

Tanggungjawab Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPNM

 

a)     Memastikan pematuhan dan pemantauan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dasar keselamatan dan kesihatan universiti serta perundangan yang berkaitan.

b)     Membangunkan dan mengemaskini prosedur-prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan di tempat kerja.

c)     Menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana perkara yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

d)     Menjalankan pemeriksaan secara berkala di tempat kerja dan menentukan kelestarian alam sekitar.

e)     Menyediakan latihan, maklumat, dan promosi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua staf, pelajar, kontraktor, dan pelawat.

f)      Sebagai penasihat kepada majikan dan FPJB dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

g)     Menyediakan laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

h)     Perkongsian maklumat dengan JKKP, BOMBA, dan pihak berkuasa yang berkaitan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

i)      Menyediakan pelan induk pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

j)   Memastikan setiap kontraktor atau pembekal yang dipilih mematuhi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Universiti.