• Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
  • 1
  • 2
  • 3
Monday, May 21, 2018

Ucapan Aluan Pendaftar

 

 

Sekapur Sireh

 

 

Alhamdulillah  bersyukur kepada hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan Laman Sesawang Jabatan Pendaftar.

 

Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Laman Sesawang ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada seluruh warga UPNM khususnya dan pelawat luar amnya mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftar bagi rujukan umum semua pihak.

 

Pewujudan Laman Sesawang ini juga selaras dengan keperluan untuk menyediakan keberkesanan perkhidmatan serta berkualiti kepada pihak yang berkepentingan bagi memastikan reputasi organisasi. Justeru itu, saya amat menghargai dan turut mengalu-alukan semua pihak agar terus melayari dan memberikan maklum balas agar budaya penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan dapat direalisasikan.

 

Akhir kata, bersama-samalah kita memegang moto UPNM "KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI" agar menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kecemerlangan Universiti terutamanya dalam aspek pengurusan dan pembangunan sumber manusia di Jabatan Pendaftar.

 

"KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"

 

Salam hormat dan terima kasih,

 

"KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI"

 

Hjh. Sarina Binti Abdul Rani

Pendaftar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia