• Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
  • 1
  • 2
  • 3
Monday, May 21, 2018

Visi, Misi dan Peranan

VISI


Visi Jabatan Pendaftar adalah untuk menjadi entiti yang cemerlang dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan sumber manusia, kemudahan dan pengurusan akademik selaras dengan wawasan UPNM.

MISI


Misi Jabatan Pendaftar adalah untuk menyediakan sumber manusia yang berkualiti, penyediaan kemudahan yang baik dan harmoni serta pengurusan akademik yang berkesan sejajar dengan misi UPNM.

PERANAN


Peranan Jabatan Pendaftar adalah penting dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk semua kakitangan. Selain menjalankan tugas rasmi seperti pengurusan dan pentadbiran sumber manusia, Jabatan Pendaftar turut terdiri daripada Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Keselamatan, Bahagian Kenderaan dan Pusat Kesihatan UPNM.