Pejabat Pendaftar UPNM - Arkib Berita https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita Tue, 02 Sep 2025 14:02:05 +0000 Joomla! - Open Source Content Management en-gb TADBIR URUS UPNM30: Kemudahan Cuti Separuh Gaji (CSG) https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/446-tadbir-urus-upnm30-kemudahan-cuti-separuh-gaji-csg https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/446-tadbir-urus-upnm30-kemudahan-cuti-separuh-gaji-csg
 
TADBIR URUS UPNM30
Kemudahan Cuti Separuh Gaji (CSG)

Sebahagian beberapa kemudahan cuti yang disediakan untuk kemudahan warga UPNM adalah Cuti Separuh Gaji (CSG). Warga kampus boleh mendapatkan input penuh dengan mengimbas QR Code yang tertera pada poster. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul cakna dan ambil tahu.
 
]]>
Hebahan Fri, 08 Aug 2025 00:05:07 +0000
Permohonan Perjawatan Melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2026 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/448-permohonan-perjawatan-melalui-anggaran-belanja-mengurus-abm-tahun-2026 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/448-permohonan-perjawatan-melalui-anggaran-belanja-mengurus-abm-tahun-2026
 
6 Ogos 2025 | UPNM– UPNM menerima kunjungan delegasi KPT dan JPA di Bilik Mesyuarat Senat bagi sesi perbincangan strategik menyelaras permohonan perjawatan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2026.
Sesi ini menyaksikan pembentangan oleh Pendaftar UPNM, Puan Fazielah binti Mohamad, yang mengemukakan cadangan perjawatan baharu dan penaiktarafan berdasarkan data, analisis dan justifikasi selari dengan pelan strategik UPNM30 serta keperluan semasa dan akan datang.
Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, hadir bersama Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua FPJB, mencerminkan kesepaduan UPNM dalam memperkukuh kapasiti sumber manusia.
Delegasi KPT diketuai oleh Encik Azhar bin Mohamad Yusof, manakala delegasi JPA diketuai oleh Encik Mohd Azryil Azimie bin Mohamed Majmin, bersama pegawai kanan kedua-dua agensi. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan terhadap tadbir urus berimpak tinggi dan pembangunan modal insan mampan.
Sebagai sebahagian daripada lawatan, delegasi turut dibawa melawat Simulator Kapal di Pusat Maritim, yang menjadi antara fasiliti utama dalam pemerkasaan pendidikan dan latihan maritim di UPNM.
Inisiatif ini membuktikan komitmen UPNM untuk menjayakan visi UPNM30 melalui pelaburan strategik terhadap sumber manusia.
]]>
Hebahan Thu, 07 Aug 2025 08:36:25 +0000
JOHAN BOLING TENPIN Piala Pendaftar 2025 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/447-2025-08-11-08-12-06 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/447-2025-08-11-08-12-06


Tahniah diucapkan Pasukan JPP yang telah merangkul gelaran JOHAN BOLING TENPIN Piala Pendaftar.
#UPNM30

 
]]>
Hebahan Thu, 07 Aug 2025 08:13:45 +0000
Sesi Libat Urus Pelaksanaan Garis Panduan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/449-sesi-libat-urus-pelaksanaan-garis-panduan-program-latihan-kepakaran-parallel-pathway-dengan-kerjasama-fakulti-perubatan-dan-kesihatan-pertahanan-fpkp https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/449-sesi-libat-urus-pelaksanaan-garis-panduan-program-latihan-kepakaran-parallel-pathway-dengan-kerjasama-fakulti-perubatan-dan-kesihatan-pertahanan-fpkp
 
Pejabat Pendaftar dalam usaha berterusan UPNM30 melihat keperluan masa hadapan pensyarah perubatan dengan menganjurkan Sesi Libat Urus bagi membincangkan pelaksanaan Garis Panduan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) pada 4 Ogos 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat FPKP.
Melalui sesi ini, pelbagai cadangan penambahbaikan serta penyelarasan terhadap aspek pelaksanaan program latihan kepakaran khusus bagi pensyarah perubatan yang mengikuti laluan Parallel Pathway.
Ia merangkumi perbincangan melibatkan struktur program, pematuhan kepada garis panduan pihak berkuasa berkaitan dan implikasi tenaga sumber manusia.
Penganjuran sesi ini merupakan langkah proaktif universiti dalam memastikan laluan pembangunan kepakaran akademik dalam bidang perubatan dapat dilaksanakan secara tersusun, telus dan selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi serta aspirasi nasional dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan perubatan.
 
]]>
Hebahan Tue, 05 Aug 2025 08:38:57 +0000
Program Ulangkaji dan Penetapan Minda Pemimpin Institusi Pendidikan Tinggi (Refresher and Mind Setting Programme for Leaders of Higher Education Institutions) https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/450-program-ulangkaji-dan-penetapan-minda-pemimpin-institusi-pendidikan-tinggi-refresher-and-mind-setting-programme-for-leaders-of-higher-education-institutions https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/450-program-ulangkaji-dan-penetapan-minda-pemimpin-institusi-pendidikan-tinggi-refresher-and-mind-setting-programme-for-leaders-of-higher-education-institutions
 
Lembaga Pengarah UPNM yang diwakili oleh Encik Md Taufiq bin Md Ralip, Tuan Haji Ghazali bin Hizam dan YBhg. Dato' Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, telah meluangkan masa hadir ke Program Ulangkaji dan Penetapan Minda Pemimpin Institusi Pendidikan Tinggi (Refresher and Mind Setting Programme for Leaders of Higher Education Institutions) di WTC KL.
Program anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ini melibatkan Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir yang telah menyampaikan ucapan penutup.
Peserta juga adalah di kalangan Pendaftar UA,TNC Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam serta Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat universiti dari seluruh negara.
Program ini juga adalah untuk membincangkan cabaran serta halangan semasa yang dihadapi IPTA di samping membentuk kesepakatan terhadap pendekatan strategik dalam memperkukuh daya tahan dan keberkesanan kepimpinan institusi.
]]>
Hebahan Fri, 01 Aug 2025 00:41:08 +0000
Iklan Jawatan Kosong Jawatan Akademik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/445-iklan-jawatan-kosong-jawatan-akademik-di-universiti-pertahanan-nasional-malaysia-2 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/445-iklan-jawatan-kosong-jawatan-akademik-di-universiti-pertahanan-nasional-malaysia-2

 

Iklan Jawatan Kosong Jawatan Akademik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Mohon di icareer.upnm.edu.my

 

 
]]>
Hebahan Sun, 09 Mar 2025 23:39:29 +0000
Salam Nisfu Syaaban https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/440-salam-nisfu-syaaban https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/440-salam-nisfu-syaaban

Nisfu Sya'ban merupakan malam hari ke-15 atau pertengahan bulan Sya'ban iaitu 15 Sya'ban mengikut kalendar Hijrah.
Perbanyakkan ibadah kepada Allah dengan harapan ianya menjadi penutup yang baik untuk buku amalan kita tahun lalu.

 

]]>
Hebahan Wed, 12 Feb 2025 23:56:47 +0000
SELAMAT HARI THAIPUSAM 2025 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/442-selamat-hari-thaipusam-2025 https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/442-selamat-hari-thaipusam-2025

Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu.
Semoga perayaan ini diraikan dengan penuh keceriaan bersama keluarga tersayang, sekaligus memperkukuhkan lagi semangat perpaduan khususnya dalam kalangan warga UPNM.

]]>
Hebahan Mon, 10 Feb 2025 00:12:49 +0000
Sesi Taklimat Pentadbiran Universiti kepada YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/441-sesi-taklimat-pentadbiran-universiti-kepada-ybhg-lt-jen-datuk-arman-rumaizi-bin-hj-ahmad-naib-canselor-universiti-pertahanan-nasional-malaysia https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/441-sesi-taklimat-pentadbiran-universiti-kepada-ybhg-lt-jen-datuk-arman-rumaizi-bin-hj-ahmad-naib-canselor-universiti-pertahanan-nasional-malaysia

 

 

10 Februari 2025
Sesi Taklimat Pentadbiran Universiti kepada YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
 
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Barisan Pengurusan Tertinggi Universiti dan disampaikan oleh Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan komprehensif tentang aspek pentadbiran universiti merangkumi hala tuju strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan infrastruktur, serta maklumat akademik dan penyelidikan yang sedang dan akan dilaksanakan.
 
Sepanjang sesi ini, YBhg. Naib Canselor turut diberikan gambaran menyeluruh tentang portfolio dan peranan barisan Pengurusan, pencapaian universiti, cabaran semasa, serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan kelestarian dan kecemerlangan institusi dalam melahirkan graduan holistik berkualiti tinggi.
 
Dalam sesi ini, YBhg Naib Canselor telah menzahirkan aspirasi dan pandangan strategik beliau agar segala usaha demi mengangkat kecemerlangan Universiti diteruskan dengan gemblengan sinergi menyeluruh. Hal ini bagi menentukan hala tuju Universiti sentiasa relevan dengan asas penubuhannya serta aspirasi mutakhir negara.

 

 

]]>
Hebahan Mon, 10 Feb 2025 00:10:49 +0000
Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Pertahanan Nasional Malaysia https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/443-mesyuarat-jawatankuasa-koordinasi-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-universiti-pertahanan-nasional-malaysia https://pendaftar.upnm.edu.my/index.php/arkib/arkib-berita/443-mesyuarat-jawatankuasa-koordinasi-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-universiti-pertahanan-nasional-malaysia

 

4 Februari 2025
 
Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
 
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi perbincangan gerak kerja serta pelarasan tugas setiap jawatankuasa yang dilantik untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam kali ke-18 yang akan diadakan pada tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar UPNM.
 
]]>
Hebahan Thu, 06 Feb 2025 08:18:07 +0000