Pendaftar

VISI


Visi Jabatan Pendaftar adalah untuk menjadi entiti yang cemerlang dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan sumber manusia, kemudahan dan pengurusan akademik selaras dengan wawasan UPNM.

MISI


Misi Jabatan Pendaftar adalah untuk menyediakan sumber manusia yang berkualiti, penyediaan kemudahan yang baik dan harmoni serta pengurusan akademik yang berkesan sejajar dengan misi UPNM.

PERANAN


Peranan Jabatan Pendaftar adalah penting dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk semua kakitangan. Selain menjalankan tugas rasmi seperti pengurusan dan pentadbiran sumber manusia, Jabatan Pendaftar turut terdiri daripada Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Keselamatan, Bahagian Kenderaan dan Pusat Kesihatan UPNM.

 

OBJEKTIF


 

 

Mengurus perlantikan, pengambilan saraan, kemajuan kerjaya dan disiplin staf berpandukan Perintah Am,   Pekeliling-pekeliling, Surat-surat Pekeliling serta lain-lain Arahan Kerajaan.

Merancang pelunjuran pelajar selaras dengan perancangan akademik dan dasar-dasar universiti.

Melaksanakan program pengurusan kualiti dan produktiviti yang berterusan bagi mewujudkan budaya kerja berkualiti di kalangan staf, selaras dengan Pekeliling –pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

Memastikan urusan pentadbiran dan operasi universiti dilaksanakan mengikut prosedur dan tadbir urus yang baik.

Memastikan dasar dan prosedur keselamatan dan perlindungan universiti secara terancang, sistematik, cekap dan berkesan.

Visitors Counter

121801
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
233
354
2115
117266
2462
13149
121801

Your IP: 207.46.13.108
2017-08-02 13:06