You are here: Home

Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftar

jpendaftar

SELAMAT DATANG dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Jabatan Pendaftar UPNM. Jabatan Pendaftar diwujudkan sejak UPNM ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, akademik pelajar, kemudahan am dan keselamatan universiti.

Peranan Jabatan Pendaftar di universiti adalah penting dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada semua staf. Di samping menjalankan tugas hakiki seperti pengurusan dan pentadbiran Sumber Manusia, kini peranan Jabatan Pendaftar lebih mencabar sebagai nadi sistem urus tadbir yang berkualiti dan efisyen dalam membantu universiti mencapai matlamatnya.

KATA ALUAN PENDAFTAR

KATA ALUAN PENDAFTAR

bakhari

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat illahi, kerana diatas kebesaran dan limpah rahmatNya dapatlah kita bersama-sama melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai staf di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sehingga ke hari ini.

Sebagai sebuah Institusi pengajian tinggi, keperluan memberi Perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan dengan berkesan dan efisyen adalah penting selaras dengan usaha kerajaan yang sentiasa menitikberatkan sistem penyampaian yang berkualiti secara berterusan. Sistem penyampian berkualiti dan tadbir urus yang efisyen bukan sahaja akan melancarkan kerja dan tugas harian malah akan meningkatkan imej dan reputasi organisasi.

Umumnya mengetahui bahawa Jabatan Pendaftar merupakan entiti utama universiti didalam melaksanakan hal ehwal pentadbiran universiti. Motto "Kewajipan, Maruah Dan Integriti" adalah sebagai pemangkin didalam menjadikan jabatan pendaftar sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti dengan memberi Perkhidmatan dan kemudahan seperti Pengurusan dan pembangunan sumber Manusia, Pengurusan organisasi dan pentadbiran am, keselamatan kampus, dan Pengurusan akademik.

Justeru itu Jabatan pendaftar akan sentiasa menyalurkan maklumat yang terkini yang dapat membantu semua pelanggan sama ada di dalam ataupun di luar universiti. Semoga Perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan ini akan dapat digunakan dan dimanfaatkan untuk kebaikan semua pihak.

Mohd Bakhari Bin M. Yasin

Pendaftar