Pejabat Pendaftar UPNM

 

 


 

JUMAAT, 15 Feb- Kejohanan Akhir Olahraga antara Staf berlangsung buat julung kalinya. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian (FBJB). Kejohanan olahraga ini turut dihadiri oleh Naib Canselor, Lt. Jen. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din dan Pengarah Pendaftar, Puan Sarina Binti Abdul Rani yang turut sama menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

 

 

Ucapan daripada Naib Canselor UPNM

 

Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita. Antara acara balapan yang telah dipertandingkan adalah acara 100m, 200m, 4×100m, 4×400m, 800m. Terdapat juga acara lompat jauh, lontar peluru dan merejam lembing.

 

 

Trofi Piala Pusingan yang dimenangi oleh Jabatan Pendaftar

 

 

 

Juara keseluruhan olahraga antara staf telah menjadi milik Jabatan Pendaftar sekaligus membawa pulang piala pusingan. Jabatan Pendaftar mempunyai kutipan pingat tertinggi iaitu sebanyak 11 emas, 6 perak dan 6 gangsa yang diikuti rapat oleh Pusat Asasi Pertahanan yang meraih tempat kedua.

 

Staf dan atlit daripada Jabatan Pendaftar

 

 

 

 

AJK Teknikal Kejohanan Olahraga Staf

 

 

 

Syabas kepada pemenang. Semoga kejohanan olahraga pada tahun akan datang lebih meriah dan mendapat lebih banyak sambutan dalam kalangan staf. Terima kasih kepada semua pihak yang terilbat sepanjang kejohanan ini.