Pejabat Pendaftar UPNM


SEKAPUR SIREH

 

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Pejabat Pendaftar diwujudkan sejak penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah diwartakan pada 10 November 2006. Pejabat Pendaftar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan am, keperluan dan kemudahan untuk semua kakitangan.

Pejabat Pendaftar akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan khususnya staf-staf di UPNM bagi memudahkan urusan mereka. Pihak kami mengharapkan maklumbalas berguna daripada para pelanggan berhubung perkhidmatan yang diberikan.

Akhir kata, saya berharap agar warga Pejabat Pendaftar dapat memberikan komitmen yang berterusan bagi memastikan Pejabat Pendaftar akan terus cemerlang dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan tadbir urus bagi memenuhi kepuasan pelanggan. 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 


"KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"

Puan Fazielah binti Mohamad

Pendaftar UPNM 

 

"KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI"