PENGENALAN
Bahagian Kenderaan komited untuk memenuhi keperluan penggunaan kenderaan yang melibatkan aktiviti pelajar dan staff untuk pembangunan universiti selaras dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Merancang, mengurus dan melaksanakan perkhidmatan kenderaan universiti supaya sentiasa berjalan lancar dan teratur ;
- Jadual Perjalanan Kenderaan.
- Penyelenggaraan Kenderaan secara Berkala.
- Memproses pembayaran bil penyelenggaraan, Kad minyak dan kad touch n go.
- Menguruskan permohonan tempahan kenderaan untuk staf dan juga aktiviti pelajar samaada untuk tujuan akademik atau bukan akademik.
- Urusan pembekalan kereta rasmi jawatan kepada Pegawai Kanan Universiti.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan semua aktiviti-aktiviti rasmi UPNM berjalan lancar.
- Memastikan pelanggan selamat sampai ke destinasi dalam masa yang ditetapkan dengan kadar yang selesa.
- Memastikan kenderaan selamat digunakan pada setiap masa.
- Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan atau diberi maklum balas dalam tempoh 24 jam.
- Memproses permohonan yang lengkap dan memaklumkan status permohonan dalam tempoh sehari (1) sebelum perjalanan.