Pejabat Pendaftar UPNM

Pada 12 September 2019 (Khamis), jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Aras 2 Bangunan Canselori telah berlangsungnya Mesyuarat Pendaftar bersama Pegawai Tadbir UPNM bagi Sesi 1 Tahun 2019. Mesyurat ini telah dipengerusikan oleh Pendaftar UPNM, Puan Hjh. Sarina binti Abdul Rani dan dihadiri oleh 33 orang Pegawai Tadbir dari Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Universiti dan Pusat-pusat Akademik di UPNM.

Mesyuarat ini adalah merupakan sesi perjumpaan Pendaftar bersama Pegawai Tadbir bagi tahun 2019. Sesi perjumpaan ini adalah bertujuan meet and greet bersama semua Pegawai Tadbir yang sedang berkhidmat di UPNM dan juga sesi suai kenal bersama Pegawai Tadbir yang baru mula berkhidmat di UPNM.

Turut dibincangkan pada sesi tersebut adalah peranan Pegawai Tadbir selaku Penolong Pendaftar/ Penolong Pendaftar Kanan/ Ketua Penolong Pendaftar dalam pengurusan dan pentadbiran di UPNM.  Sesi tersebut juga membincangkan berkenaan tadbir urus Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia diperingkat FPJB dan pengurusan mengawal selia urusan tatatertib staf.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.