Ulu Kelang Ampang, 31 Oktober 2019, berlangsungnya Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi Bilangan 4 Tahun 2019. Mesyuarat LPU Bil 4 Tahun 2019 ini yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPU UPNM iaitu Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim bertempat di Bilik Mesyuarat di Menara Westar Aviation. Mesyuarat LPU ini dihadiri oleh barisan ahli mesyuarat iaitu ahli-ahli Lembaga Pengarah Univeriti dan juga pihak pengurusan universiti
Komitmen semua ahli LPU dan pihak Pengurusan Universiti dengan menjayakan Mesyuarat LPU ini adalah untuk melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab membawa UPNM ke tempat yang lebih jauh dan kekal cemerlang seiring dengan Universiti Awam lain. Tahniah juga kepada semua pihak yang telah berjaya melaksanakan Mesyuarat LPU Bil 4 tahun 2019 kali ini. Semoga pertemuan dalam mesyuarat kali ini akan membawa kepada penambahbaikan berterusan kepada UPNM melalui musyawarah bersama.