Pejabat Pendaftar UPNM

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2019, Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh YBhg Lt Jen Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor UPNM di Istana Pagaruyung, Jalan Ampang HIlir Kuala Lumpur.

Kunjungan sembah hormat tersebut juga adalah bagi penyerahan watikah pelantikan semula sebagai Pro-Canselor UPNM diserahkan oleh YBhg Naib Canselor kepada Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir bersama adalah Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid Bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan juga Puan Hajah Sarina Binti Abdul Rani, Pendaftar UPNM.