Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjugan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Program Pemantauan Bersepadu Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan ke UPNM pada 30 Oktober 2019. Sesi taklimat kunjungan ini diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori.
Kunjungan ini juga disambut mesra oleh Jabatan Pendaftar dan bersama Bendahari, pegawai dan pentadbir di setiap FPJB. Sesi taklimat juga turut membincangkan isu-isu di universiti-universiti awam khususnya berkaitan penawaran pengajian, kes-kes tuntutan ganti rugi/penguatkuasaan tindakan undang-undang dan strategi bagi mencapai GOT (graduate on time).