Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Staf Akademik yang disampaikan oleh YBrs Pendaftar Pn. Fazielah bt Mohamad kepada Prof. Dr. Sayuti Bin Ab Ghani, Prof Ts. Dr. Mohd 'Afizi bin Mohd Shukran dan Prof Dr. Mohd Nazri bin Ismail.
Jabatan Pendaftar merakamkan sekalung tahniah di atas kejayaan tersebut dan semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menaikkan lagi semangat pegawai untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mengharumkan nama Universiti serta mempertingkatkan usaha ke arah kecemerlangan universiti.