Pejabat Pendaftar UPNM

 

 
 
 
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Wallilahilham
Ramadhan Al Mubarak akan meninggalkan kita dan syawal mulia pula menjelma tiba. Moga kita dipertemukan lagi di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, keberkatan dan keampunan Ilahi.
In shaa Allah.
Saya menyeru kepada semua warga UPNM untuk meneruskan segala amalan yang baik dan menjaga nama UPNM yg kita cintai.
Saya juga ingin mengingatkan semua staf agar sentiasa berhati-hati di jalan raya pada musim perayaan ini, rancang sebelum memulakan perjalanan balik kampung, sentiasa jaga jarak kenderaan, memandu secara berhemah, periksa dan servis kenderaan telah dibuat dan kita telah mengunci, mematikan semua suiz di kediaman dan pejabat kita.
Tiada yang lebih bermakna selain dari selamat tiba ke kampung halaman masing-masing dan jumpa keluarga yg kita sayangi.
Rapatkan saf kita sebagai warga UPNM yang sentiasa mengambil berat, hormat menghormati dan menyayangi di antara satu sama lain. Saya mendoakan agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya buat semua. Tidak dilupakan kepada staf UPNM yang telah pergi meninggalkan kita, marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُم
Minal a'idin wal faizin
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin
???????? ??????? ????? ????????
????????? ????